Sep 18, 2025 - FASSelangor FC akan menerima kunjungan pasukan Bangkok United FC bagi perlawanan pertama saingan AFC Champions League Two 2025/26 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya hari ini pada jam 6 petang ini.
Dua musim berturut-turut bersaing dalam FC Champions League Two, Katsuhito Kinoshi tidak akan mengetepikan pemain-pemain lokal dan yakin mahu mulakan saingan ini dengan kemenangan pertama.
“Kami amat berbesar hati dapat menyertai ACL Two untuk tahun kedua berturut-turut. Peluang ini akan menjadikan pasukan lebih kuat kerana kita akan berdepan dengan pasukan-pasukan hebat dari negara lain. Kami teruja untuk memulakan kempen ini dan berazam dapat membina momentum bersama. Matlamat kita adalah untuk mara sejauh yang mungkin dalam kejohanan ini, bermula dengan tiga mata di laman sendiri dalam perlawanan pertama petang ini,” semangat beliau
“Skuad Gergasi Merah tidak bergantung kepada seorang pemain sahaja, kerana setiap pemain perlu bersedia dengan peranan mereka di atas padang untuk berjuang sepenuhnya bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama. Sama ada pemain tempatan atau import, pemilihan bergantung kepada prestasi dan kesediaan mereka. Setakat ini, semua pemain termasuk pemain muda dan penjaga gol sudah diberikan minit bermain. Apa jua keadaan pasukan, saya tetap yakin dengan semangat kepasukanan pasukan untuk terus mara ke hadapan dalam setiap perjuangan,” tambahnya lagi.
Bagi keberadaan pemain sebelum perlawanan menentang Bangkok United FC petang ini, kebanyakkan pemain bersedia untuk diturunkan demi lencana di dada.
Anda masih boleh membeli tiket bagi perlawanan pembukaan AFC Champions League Two 2025/26 #SFCBUFC melalui pautan laman rasmi di ticketHotline.com.my. Sila ambil maklum bahawa tiket hanya dijual secara dalam talian sahaja, dan Pas Musim SFC 2025/26 tidak sah digunakan untuk perlawanan #ACLTwo.
Pihak pengurusan Selangor FC yakin pasukan akan berikan saingan yang tinggi kepada Bangkok United FC, antara nama besar kelab di Thailand pada petang ini. Ayuh Gergasi Merah!
Demi Kebanggan!